Thursday 19 September 2013

Syahadah

Syahadah

Dari Umar r.a. juga dia berkata :

Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya.

Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw
lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata:

“ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”,
Maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan yang disembah) selain Allah bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, Engkau mendirikan shalat, Menunaikan zakat, Puasa Ramadhan dan Pergi haji jika mampu “.
Kemudian dia berkata: “ anda benar “.
Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan.

Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “.
Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “,
Kemudian dia berkata: “ anda benar“.

Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “.
Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”.
Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “.

Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “,
Beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar.

Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya?”.
Aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “.
Baginda saw bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.

(Hadis sahih riwayat Muslim)

Syahadah

Apabila ditanyakan kepada kebanyakan orang, “Bilakah kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah?”.

Semasa solat lima waktu (iaitu semasa tahiyyat). Sedarkah kita bahawa jawapan berkenaan ada di dalam ‘Rukun Islam yang Kedua’. Kerana jika ‘Mengucap Dua Kalimah itu bersatu dengan solat lima waktu’,maka Rukun Islam telah tinggal Empat dan bukannya Lima. Kenapa disatukan antara Rukun Pertama dan Rukun Kedua?

Jadi bilakah kita bersyahadah ?

1. Islam Taqlid /ikutan kita atau Islam Pusaka pegangan /anutan)?

2.Ada orang menjawab kita bersyahadah semasa kita dilahirkan menerusi AZAN. Adakah kita semasa bayi kita memahami apa yang telahdilakukan kepada kita?

3.Ada pula yang berkata “semasa kita berada di alam ruh” (sebelum turun kealam missal, ijsam dan insan.
Apakah kita masih ingat perjanjian berkenaan?

4.Ada yang bersyahadah sendiri tanpa saksi?
Tanpa Pengesahan Pembaiah/ Penalkin (GURU MURSYID)

5. Ada yang berkata semasa hendak meninggal.
Jika kita ditakdirkan, jika kita tidak sempat mengucap? Talkin orang yang hendak mati disunatkan mengajar“La ilaha illalLah” tetapi talkin orang hidup atau mukallaf ialah “Asy hadu allailaha illalLah, wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah”.

Silalah merenung dan berfikir sejenak :

Kenapakah Rasulullah saw membai’ah syahadah kepada para sahabat (yang sama) lebih daripada satu kali?. Bagaimana kita dapat menyempurnakan perkara yang fardhu sebelum melaksanakan fardhu – fardhu yang lain? Bukankah tiada sah sempurna pekerjaan ibadat yang ada di dalam Rukun Islam melainkan terlebih dahulu diselesaikan hal syahadah ini.

Contoh
Kita ada duit, byk barang yg nk beli i.e kerusi makan, peti ais, tv, perabot, almari dan sbgainya tetapi RUMAHNYA tiada.

Kesimpulannya:
Banyak lagi sebenarnya ttg ilmu Allah yang kita tidak ketahui,disini sy hanya SHARE sedikit shj ttg saya pelajari. Kepada yg tidak FAHAM,jgb BLAME sesuka hati. Ini hanya SHARE kepada yg faham & harap tidak disalah erti. Jom solat maghrib

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment