Friday 6 September 2013

Jangan Kamu Menikahi 6 Jenis Wanita

Ingat wahai lelaki......tengok dulu sikap wanita yg u all nk kawin......coz buruk baik zuriat and dgn buruk baik keperibadian seorg ibu...jika pasangan anda pandang ringan bab agama..anak yg bakal terdidik akan lg jahil dr ibunya..coz semakin dipandang ringan...n ingat the moment sah dinikahi semua dosa dia n anak2 u all yg tanggung......dan bg pompuan termasuk diri i sendiri muhasabah dan jauhkan sifat terkeji ni.....

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah)

- ISTERI ialah anugrah/hadiah/pemberian kpd seorang suami , andai ditakdir mendpt isteri seperti ini haruslah mendidik dn melentur nye dengan sebaik mungkin .. peranan sbgai seorang suami sngt berpengaruh .. bertegaslah dlm memikul tanggungjawab dn amanah dr Allah '

jom sme2 kongsi ilmu bermanfaat ini .. moge shbt2 muja termasuk muja sendiri terhindar dr sifat2 tersebut . amin

No comments:

Post a Comment