Thursday 19 September 2013

Solat... dan cara untuk khusyuk

Waaiiittt DONT scroll down , Jom bace kejab kerana Allah Please :')

Yuhooo guys nak khusyuk dlm solat tak....ok at least ingat makna surah Al-Fatiha pon jadi laa Here i share tips utk khusyuk dlm solat dgn surah Al-Fatiha bacalah dan ingat, if ingat dgn sempurna dan baca dgn penuh penghayatan masa solat , mengalir air mata 100% comfm , tambah klu di baca dlm solat tgh mlm dlm keadaan sunyi . sbb surah Al-fatiha setiap kali kita baca 1 ayat ALLAH akan menjawab bg 1 ayat .

Al FATIHAH

Firman Allah SWT yang bermaksud ;

Aku telah membahagikan solat (Al Fatihah) kepada dua bahagian. Separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi adalah untuk hamba-Ku. Apa saja yang di pohonkan kepada-Ku apabila hama-Ku berkata : 'ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN'

Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMUJIKU'

Apabila hamba-Ku berkata : 'ARROHMAA NIRROHIM'

Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MEMBERI SANJUNGAN KEPADA-KU'

Dan apabila hamba-Ku berkata : 'MAALIKIAU MIDDIN'

Allah SWT menjawab : 'HAMBA-KU TELAH MENGAGUNG-AGUNGKAN-KU'

Dan apabila hamba-Ku berkata : 'IYYAKANAK BUDU WAIYYA KANASTAIN'

Allah SWT menjawan : 'INI DI ANTARA HAMBA-KU DENGAN AKU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU'

Apabila hamba-Ku berkata : IHDINASSIRATAL MUSTAKIM. SIRATALLAZI NAANAMTA ALAIHIM GHAIRILMAGHDHUBI ALAIHIM WALAAD DALLIN... AMIN'

Allah SWT menjawab : INI UNTUK HAMBA-KU DAN UNTUK HAMBA-KU APA SAHAJA YANG DI POHONKAN KEPADA-KU'

'SADAKALLAHULAZIM'

Ayat 1: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Rasakan betapa besar kasih sayang Allah kepada kita semua, bayangkan semua nikmat yang telah kita terima dariNya. Nikmat udara yang kita hirup, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat sehat. Apakah kita sudah berterima kasih padaNya??. Rasakan kasih sayang dan sifatnya yang maha pengasih serta pemurah. Rasakan getaran dihati anda, hingga timbul dorongan untuk menangis. Silahkan menangis jika dorongan itu memang kuat. Jangan tahan tangisan anda.

Ayat 2: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

Rasakan betapa mulianya Allah, betapa Agungnya Dia , hanya Dialah yang berhak dipuji. Dialah Tuhan penguasa Alam semesta yang maha mulia dan Maha terpuji. Rasakan betapa hina dan tidak berartinya kita dihadapan Dia. Lenyapkan semua kesombongan diri dihadapaNya. Rasakan getaran yang dahsyat didada anda?

Ayat 3: Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rasakan seperti pada ayat pertama

Ayat 4: Yang menguasai hari pembalasan

Bayangkan seolah olah anda berada dihapan Allah di padang Mahsyar kelak. Dia lah penguasa tunggal dihari itu. Bagaimana keadaan anda dihari itu? Rasakan dan hayati ayat tadabbur yang anda dengar. Biarkan airmata anda mengalir . Menangislah dihadapan Allah pada hari ini , disaat pintu taubat masih terbuka. Jangan sampai anda menangis kelak dihari berbangkit ketika pintu taubat telah tertutup

Ayat 5: Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Inilah pengakuan anda bahwa hanya Dia yang anda sembah, dan hanya padaNya anda mohon pertolongan. Buatlah pengakuan dengan tulus dan iklas.

Ayat 6: Tunjukilah kami jalan yang lurus

Mohonlah padanya agar ditunjuki jalan yang lurus. Jalan yang penuh dengan rahmat dan berkahNya. Dengarkan dan hayati kalimat tadabbur yang anda dengar.

Ayat 7: (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Bayangkan jalan orang orang yang telah mendapat nikmat , kebahagian dan kesuksesan sebagai karunia dari sisinya. Berharaplah untuk mendapat kebahagian seperti orang itu. Bayangkan pula jalan orang orang yang mendapat murka dan azabnya.Bayangkan pula jalan yang ditempuh orang yang sesat mohon agar dijauhkan dari jalan itu.

No comments:

Post a Comment