Monday 21 October 2013

HASAD MATA.....MATA JAHAT

(Evil eye) , Mata Jahat , العينPosted on November 10, 2010by darulruqyah(Evil eye) : Mata Jahat : العين    Oleh: Ustaz Abu Nik Abdullah Azzam

al-Ain) : Iaitu pandangan  mata jahat seseorang kepada orang lain.

al-Ain ini mengikut al-Quran dan as-Sunnah dibahagi pengertiannya seperti berikut :-

1). al-Ain yang bererti mata Jahat, mata permusuhan, mata kebencian,mata tidak puas hati kepada satu pihak lain tidak berasas kepada agama.

قال الله تعالى (سورة القلم51): وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

قال ابن عباس وغيره في تفسيرها: . لَيُعِينُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ.. .[1]1

Firman Allah تعالى dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan jahat mereka (yang penuh dengan permusuhan, kebencian dan sakit hati), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila.

Berkata ibnu Abbas dan lain-lainnya dalam tafsirnya: Erti mereka(orang kafir) melihatmu ( dengan mata jahat ) bersama dengan pandangan mereka… ayat ini membuktikan benar ada penyakit al-Ain. -Lihat tafsir ibnu Kathir 4/410.

Penyakit al-Ain di dalam Ayat Suci di atas terang-terangan menjadi jawapan kenapakah begitu ramai pelajar-pelajar yang membawa ajaran Muhammad صلى الله عليه والسلام dan bijak pandai tajaan Kerajaan Arab, MARA, KPT dan Kerajaan negeri… etc, gagal pendidikannya di bumi alKafirun ini, jika sebenarnya mereka ini telah belajar bersungguh-sungguh.

2). al-Ain yg bermakna Mata Syaitan dan Mata Hasad

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْعَيْنُ حَقٌّ وَيَحْضُرُ بِهَا الشَّيْطَانُ وَحَسَدُ ابْنِ آدَمَ   .[2]2

MaksudnyaSabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم al-Ain (Penyakit hati punca dari) mata jahat itu benar dan menghadiri bersamanya syaitan dan hasad (irihati) dari Anak Adam.

Berkata Sheikh Wahid Abdussalam Bali al-Hasad(الحاسد) lebih umum dari al-Ain (العائن) Setiap penyakit al-Ain itu adalah Hasad, dan bukan semua penyakit Hasad itu Ain firman Allah سبحانه وتعالى

… وَمِن شَرّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ) قال قتادة: مِنْ شَرِّ عَيْنِهِ ونَفْسِهِ )

Surah al-Falaq ayat yang ke-5 ini  menerangkan bahawa Allah سبحانه وتعالى mengajar kita meminta selamat dari penyakit al-Hasad (الحسد ) yang meliputi juga penyakit al-Ain ( العين), Al-Quran didatangi dengan kalimah Hasad ini menjadikannya lebih balaghah, meliputi dan luas maknanya. Berkata Qatadah didalam tafsir al-Tabari 24/705, (Hasad  dalam suratul Falaq ini bermaksud)  kejahatan  mata dan jiwanya…

3). al-Ain yg bermaksud Mata Jin.

Berkata ibnu Qayyim رحمه الله al-Ain (mata) ada dua jenis Jenis mata Manusia 2. Jenis mata Jin. Buktinya daripada hadis:-

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي بَيْتِهَا جَارِيَةً فِي وَجْهِهَا سَفْعَةٌ فَقَالَ اسْتَرْقُوا لَهَا فَإِنَّ بِهَا النَّظْرَةَ …[3]3

فتح الباري شرح صحييح البحاري : 5407

Maksud hadis Dari Ummu Salmah (رضي الله عنها) bahawa Baginda (صلى الله عليه وسلم) terlihat dalam rumahnya pada wajah gadis kecil merah -gelap hangus atau kekuningan api-  (pandangan dari jin atau alamat dari syaitan) sabda baginda : hendaklah dijampi untuknya, maka sesungguhnya bersamanya ada suatu pandangan.

Boleh dibaca dua wajah Suf-ah:سُفْعة atau Saf-ah ; yang difahami oleh orang-orang yg memiliki bahasa lisan Banginda صلى الله عليه والسلام iaitu Arab seperti berikut;-

…(السفعة : العين ، ويقال به سفعة من الشيطان أى مس ـ لسان العرب مادة (سفعويعتقد العرب فى الجاهلية أن السفعة ” نظرة من الجن ” - المفصل فى تاريخ العرب 6/753وقال ابن قتيبة: لون يخالف لون الوجه… غير لون الأصلي…، – فتح الباري: 10/212

Maksudnya
asSuf-ah :Mata jahat, dan dikatakan dari sentuhan syaitan -: Lisan alArabi, Madah (سفع)…
dan Arab pada zaman Jahiliyah mempercahayai bahawa asSuf-ah adalah satu pandangan daripada pandangan Jin – lihat alMufassal pit tarikh alArabi 6/753.
dan berkata Ibnu Qutaibah: Warna yang berbeza dari warna muka… lain warna (muka) yang asal… Fath alBari:10/212.

Antara dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang terkesan serta berkait dengan penyakit al-Ain seperti berikut;-

Dalil dari al-Quran

1- قال الله تعالى في سورة القلم/ 51 : وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

2-Firman Allah تعالى dalam Surah Yusof: 67-78 ;

وَقَالَ يَا بَنِيَّ لا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَاحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ أَبْوَابٍ مُتَفَرِّقَةٍ وَمَا أُغْنِي عَنْكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ إِنِ الْحُكْمُ إِلا لِلَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَعَلَيْهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ

Ertinya: Dan ia (Nabi Yakub) berkata lagi: “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.

Berkata Ibnu Abbas dan Ulama’ Tafsir yang lain dalam Tafsir Ibnu Kasir ;  ’‘ Bahawa khuatir ditimpa terhadap mereka (orang Mesir) penyakit al-Ain (kerana anak-anak Nabi Yaakob lawa-lawa belaka)”

3- Firman Allah di dalam Surah al-Kahfi:39

وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالا وَوَلَدًا

ErtinyaDan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya adalah barang yang dikehendaki Allah..! , tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah..?) Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.

Dalil dari as-Sunnah:-

1-عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال المصطفى صلى الله عليه والسلم “العَيْنُ حَقٌّ”

Ertinya: Dari Abi Hurairah رضى الله عنه  berkata: Sabda al-Mustafa صلى الله عليه والسلام Penyakit al-Ain adalah benar.

رواه البخاري :10/213

2-      عن عائشة رضى الله عنها أن النبيَّ صىلى الله عليه والسلام قالَ: “اسْتَعِذُوا باللهِ من العَيْنِ فإنَّ العَيْنَ حَقٌّ”

Ertinya: Dari Aisyah  رضى الله عنها bahawa Nabi صلى الله عليه والسلام bersabda: Mintalah kamu perlindungan dengan Allah dari penyakit al-Ain, Sesungguhnya al-Ain itu benar.

رواه ابن ماجة (3508)،و

3- عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه والسلام : ” العَيْنُ حَقٌّ ولو كانَ  شئٌ سابَقَ القَدَرَ لَسَبَقَتْهُ العَيْنُ، وإذاسْتُغْسِلْتُمْ فاغْسِلوا”

Ertinya: Dari ibnu Abbas Radhiyallahu anhuma berkata : Sabda Rasullulah Sallahu alaihi wasallam : Penyakit al-Ain adalah benar dan seandainya ada sesuatu yang boleh didahului oleh qadar, nescaya didahuluinya oleh al-Ain, apabila mereka ada permintaan untuk dimandi (merawat al-Ain)  handaklah dimandikan.

رواه المسلم باب الطب والرقي :14/171 نووي

Al-Ain (Mata jahat ) ini terbahagi kepada 3 bahagian seperti berikut:-

1) al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)

2) al-Ain Dengki /Iri Hati (الحاسدة)  

3) al-Ain Permusuhan / Pembunuhan (القاتلة)

Penyakit al-Ain ini ada sebahagiannya yang dari mata jahat manusia itu sendiri dan ada juga daripada mata jahat jin atau syaitan, seperti ada sebut dalam Sunan al-Nisai no.5494 ;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَوَّذُ مِنْ عَيْنِ الْجَانِّ وَعَيْنِ الْإِنْسِ فَلَمَّا نَزَلَتْ الْمُعَوِّذَتَانِ أَخَذَ بِهِمَا وَتَرَكَ مَا سِوَى ذَلِكَ

Ertinya: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم meminta jauh dari mata jahat jin dan mata jahat manusia, tak kala diturunkan dua surah pelindung (الناس و الفلق) Baginda mengambil dan menggunakan keduanya, lalu meninggalkan yang lain (iaitu doa Pelindung sebelum dua surah itu diwahyukan) .

1- al-Ain Pelik / Kagum (المعجبة)

Jiwa manusia ini, jika merasa terlebih kagum kerana melihat atau mendapat kurnia dan rahmat Allah تعالى , hati boleh menjadi rosak, sombong, ego, takabbur dan sebagainya. Firman Allah dalam Suratul Kahfi:39

وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالا وَوَلَدًا

Ertinya; Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ailah barang yang dikehendaki Allah..! , tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah..?) Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu.

Apabila kita melihat sesuatu perkara yang pelik dan mengkagumkan kita, Sabda al-Mustafa صلى الله عليه وسلم  dalam dalam Sunan Ibnu Majah dan Imam Ahmad  رواه ابن ماجه وأحمد

إذا رأى أحدكم من أخيه ما يعجبه فليدع له بالبركة

Ertinya: Jika salah seorang dari kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka ataubenci) dari saudaranya, maka tinggalkanlah doa untuknya dengan  keberkatan.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : 

الْعَيْنَ حَقٌّ

المستدرك على الصحيحين : ج 5 / 7574

Ertinya; Apabila kamu melihat apa yang mengkagumkan (suka atau tak suka) dari hak milik sendiri atau orang  lain, maka tinggalkanlah (doakanlah) untuk keberkatan, sesungguhnya al-Ain itu benar.

Berkara ibnu Hajar dalam Fathul Bari: (10 / 205)

وَأَنَّ الْعَيْنَ تَكُونُ مَعَ الْإِعْجَابِ وَلَوْ بِغَيْرِ حَسَدٍ ، وَلَوْ مِنَ الرَّجُلِ الْمُحِبِّ ، وَمِنَ الرَّجُلِ الصَّالِحِ ، وَأَنَّ الَّذِي يُعْجِبُهُ الشَّيْءُ يَنْبَغِي أَنْ يُبَادِرَ إِلَى الدُّعَاءِ لِلَّذِي يُعْجِبُهُ بِالْبَرَكَةِ 

Ertinya: Penyakit al-Ain ada bersama kekaguman sekalipun tanpa hasad, dan sekalipun terhadap lelaki yang disukai, dan lelaki yg soleh. Dan orang yang mengkagumi sesuatu, semestinya segera berdoa untuk keberkatan dan itu adalahRuqyah.

Adalah sangat penting bagi kita sebagai seorang muslim, apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan, yang kita sukai, yang kita nampak pelik, yang mengejutkan kita atau yang menghairankan atau atas kejayan dan keseronakan diri sendiri mahupun orang lain, maka hendaklah kita berdoa dengan keberkatan, sama ada sesuatu perkara itu hak milik kita sendiri mahupun  kepunyaan orang lain, seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:” ِألا بَرَّكْتَ عليه ” أي : قلت : اللهم بارك عليه…  زاد المعاد Ertinya: ”Kamu hendaklah berdoa untuk keberkatan kepadanya”. Sesungguhnya doa keberkatan itu , boleh menyelamatkan seseorang dari penyakit al-Ain.

2) al-Ain Dengki /Iri Hati (الحاسدة)

Al-Ain dengki atau irihati ini antaranya berpunca dari mata, lalu membawa kepada jiwa menjadi jahat. Hati yang berdengki terhadap nikmat yang diberi oleh Allah تعالى kepada orang lain, contohnya seperti kedengkian terhadap jemaah yang memperjuangkan al-Quran dan as- Sunnah atau jemaah gerakan Islam, atau dengki terhadap agama Islam itu sendiri, Firman Allah تعالى dalam al-Quran nulKarim.

يقول الله تعالى:  وَدّ كَثِيرٌ مّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدّونَكُم مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفّاراً حَسَداً مّنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مّن بَعْدِ مَا تَبَيّنَ لَهُمُ الْحَقّ…البقرة: 109

Erti firman Allah تعالى: Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم)

Antara Ahli ilmi yang membezakan diantara al-Ain (العين: Mata Jahat) dengan al-Hasad (الحسد: Iri Hati, Dengki) ialah: Ibnu Jauzi, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi…

Hasad ini InsyaAllah akan dibicarakan secara terperinci di dalam tajuk al-Hasad dan Rawatannya Secara Ruqyah dari Quran dan Sunnah …

3) al-Ain Pembunuhan (القاتلة)

Penyakit al-Ain  jenis (القاتلة)  ini adalah sangat merbahaya dan boleh dikatakan racun kehidupan yang susah untuk dirawati. Ada tercatat dalam himpunan hadis sahih, oleh al-Muhaddis al-Baani: no.747, Hadis yang dicerita oleh Jabir bin Abdullah رضي الله عنه berkata: Sabda Nabi al-Musthofa صلى الله عليه والسلام  ;-

أَكْثَرُ مَنْ يَمُوتُ مِنْ أُمَّتِي بَعْدَ كِتَابِ اللَّهِ وَقَضَائِهِ وَقَدَرِهِ بِالْأَنْفُسِ ،  يعني بالعين .  خلاصة الدرجة: إسناده حسن

Ertinya: . Sangat ramai dari kalangan ummatku yg meninggal dunia selepas tulisan Allah dan Qadha Qadarnya ialah berpunca daripada penyakit al-Ain. kesimpulan darjat ini hadis adalah Hasan.

يقول صلى الله عليه وسلم : “عَلامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ؛ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ” حديث صحيح

Tanda-tanda anda terkena penyakit al-Ain (أعراض العين) adalah seperti berikut;-

01-Sakit kepala.
02-Kelabu mata sejenak (kemaya), kemudian sakit kepala.
03-Warna muka berubah dari wajah asal pucat kuning atau merah.
04-Tidak ada selera makan, si kecil (bayi) tidak mahu menyusu. 
05-Si ibu malas menyusui si kecil (bayi).
06-Susah untuk tidur malam. 
07-Cuaca yang sangat baik, tetapi pesakit al-Ain akan merasa panas atau sejuk berlainan           dengan keadaan cuaca.  
08-Jantung berdebar-debar.
09-Sakit atau lenguh merata badan , kadang-kadang pada paha, betis, kaki, bahu dan                  sebagainya sedangkan pakar perubatan sains mengesahkan anda sihat.
10- Sempit dada (sesak/ so’oh) menangis bukan kerana bertaubat atau agama al-hanif.
11- Termenung di sungai, pantai, air terjun, tempat-tempat peranginan atau umpamanya          yang tidak berasas bukan kerana memikir atau mengkaji kebesaran Ilahi.
12- Cepat marah atau penakut yg luar biasa. 
13- Tidak sabar atau banyak bersedih yang luar biasa.
14- Selalu bermimpi buruk seperti diganggu oleh ular atau binatang-binatang ganas  dan            seumpamanya.
15-Kesunyian atau kesepian yang melebihi kebiasaan.
16-Suka mengurung diri di dalam bilik atau bilik air, jika sebelumnya dia seorang yang               ceria dan peramah.
17- Malas dan cepat penat dalam belajar atau mengantuk. Selalu tertidur semasa belajar,        pada hal hari berikut, beliau telah cukup masa tidur dimana tidurnya sudah melebihi            6 jam.

Jika ada salah satu diantara tanda-tandanya diatas, ketahuilah anda dalam keadaan merbahaya dimana hendaklah diRuqyah serta merawat diri sendiri atau meminta orang lain merawatnya tetapi bukanlah daripada bomoh yang terpesong aqidahnya yang mana akan membawa kefasikan.

Bagaimanakah anda mahu mengenali orang yang ada penyakit al-Ain (mata jahat) ini ..??

Untuk mengetahui orang yang ada penyakit al-Ain (Mata Jahat) adalah seperti berikut;-

1)- Orang yang memuji seseorang tidak sebut nama Allah تعالى dan tidak berdoa untuk keberkatan contohnya tidak berkata: ماشاء الله، تبارك الله atau ماشاء الله، بارك الله  ketika memuji.

2)- Ada kawannya atau keluarganya yang memberitahu mengenai kepelikan perangainya. – Orang ini berkemungkinan besar termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).

3)- Orang yang merasa terasing diri dari orang tertentu atau dari kawan tertentu dan tidak ada permusuhan atau pergaduhan secara jelas yang boleh membukti. – Orang ini juga termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (mata Jahat).

4)- Orang yang membawa cerita berita ” Bahawa Si Pulan mencela atau memuji anda dimana dimasa menyampaikan itu, tidak menyebut nama Allah تعالى dan tidak berdoa untuk keberkatan atau keampunan contohnya;

ماشاء الله، اللهم اغفر لي وله (semasa mencela) atau ماشاء الله، اللهم بارك عليه (semasa memuji) 

Orang yang membawa cerita ini juga termasuk dalam senarai pesakit al-Ain (Mata jahat).

Ketahuilah penyakit al-Ain akan berlainan mengikut marhalahnya seperti peringkat awal, sederhana ataupun parah pada diri seseorang. Jika tidak dirawat, berkemungkinan berakhir dengan masalah jiwa, sakit mental dan gila atau sakit al-Ain juga ada yang berakhir dengan permusuhan  dan bunuh-membunuh.  نعوذ بالله من ذالك.

Tuesday 15 October 2013

Ilmu

Jika kita ingin menuntut ilmu, kita sendiri mestilah menghormati gurunya. Mana boleh, kelewatan guru menjadi alasan untuk kita terus memperlekeh orang yang hendak memberi ilmu kepada kita? Beruntunglah mereka yang menunggu. Kerana menanti, mereka memperoleh ilmu dari ulamak yang terkenal kerana ilmunya.

Menghormati manusia juga biarlah kerana ilmunya. Orang yang berilmu pula amat suka kepada orang yang ingin memperoleh ilmu daripadanya. Biasanya orang yang berilmu tidak lokek untuk menyampaikan apa yang diketahuinya. Penyampaiannya itu akan menguntungkan kedua-dua belah pihak untuk sekurang-kurangnya daripada tiga aspek.

Pertama, kita yang bertanya akan memperoleh ilmu. Kedua, ilmuan yang menjawab itu akan memantapkan ilmu yang dipelajarinya kerana soalan kita itu umpama ulangkaji baginya. Ketiga, perbincangan mengenai ilmu itu sendiri bakal memperluas ruang lingkup topik yang dibicarakan.

Beruntunglah seandainya kita sentiasa ingin hadir di dalam majlis-majlis ilmu yang pada hari ini disampaikan dalam bentuk usrah, kuliah, ceramah, forum, wacana, seminar mahupun persidangan. Kita perlu meluangkan masa untuk majlis-majlis seperti ini. Majlis-majlis ini kian banyak dianjurkan. Dalam pada itu, kita perlu mengurangkan sedikit tabiat menghadiri majlis-majlis untuk keseronokan semata-mata seperti menghadiri konsert, parti dan berpesta-pestaan.

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim(berilmu). Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang).

Andainya kita sendiri orang yang berilmu, bukankah ia juga bererti kita sebenarnya menghormati diri kita sendiri?

Monday 7 October 2013

The Ambassadorsof Islam By Sheikh Nuruddin Lemu

Dr Sheikh Ahmed Lemu, former Grand Mufti of Nigeria, was in Sydney on an official visit in the month of July. He was here with his wife, Aisha (Director General, Islamic Education Trust, Nigeria) and son Muhammad Nuruddin to conduct an Islamic Train the Trainer course in Da'wah and Dialogue.

The course was jointly organised by the World Assaembly of Muslim Youth (WAMY, Riyadh), the International Council for Islamic Information (ICII, UK), the Islamic Education Trust (IET, Nigeria), Islamic Foundation for Education and Welfare (IFEW, Australia), the Islamic Society of the University of New South Wales (Australia) and the Muslim Students League of Australia (MSLA).

The course was successfully completed by thirty two trainees. This address was delivered at the Faisal Complex and organsed by the Islamic Cultural Centre, Sydney Australia.

Before I start my topic, I wish to acknowledge and strongly support the advice given by our guest Dr. Muhammad Abdullah Usaid from Madinah. His advice for the unity of Muslims in Australia is very correct. If we don't unite together, we will have no strength in this country.

Allah says in Quran:

'Obey Allah and His Apostle and do not dispute with one another, lest you should lose courage and your resolve weaken. Have patience: Allah is with those that are patient.'
(Quran, 8:46)

Let us first think the role of an ambassador. His role is to protect and promote the interest of his nation, his country. Nations are formed not only by territorial boundaries. These are formed on ideological bases as well. Then it is called Ummah in Arabic. Thus Muslims, the followers of Islam are an Ummah, one Nation of Islam.

Allah says:

'Your Ummah is but one Ummah and I am your only sustainer: Therefore, adopt my consciousness.'
(Quran, 23:52)

The whole world is the country of the Nation of Islam and every Muslim, the follower of Islam is the ambassador to each country of the whole world where he/she is stationed.Now it is quite obvious that the role of every Muslim is to promote and protect Islam. The task of every Muslim is to make the Ummah (his/her nation) elevated in the eyes of others.

The message of Allah is very clear.

'You are the best nation that has ever been raised up for mankind: You enjoin justice and forbid evil. You believe in Allah.'
(Quran, 3:110)

We have to demonstrate and spread the good things according to the teachings of Islam and we have to stop and forbid things that are forbidden in Islam. All this has to be done with the full belief in Allah(swt) and His Prophet(saw).

Ambassadors are supposed to be diplomat and tactful. Hence the Muslims as the ambassador of Islam should also be diplomat. The first important constituency of diplomacy is to be friendly with others and not to harm others.Let us now talk in detail how to achieve the objectives as ambassadors of Islam.

The first principle we should practice is based on the Words of Allah

'Men, We have created you from a male and a female, and made you into nations and tribes that you might get to know one another. The noblest of you in Allah's sight is the most righteous of you. Allah is Wise and All-knowing.'
(Quran, 49:13)

All nationalities, ethnic groups and linguistic communities are formed by Allah(swt) for the sake of identification, not for fighting or oppressing. We should believe in the oneness and brotherhood of mankind. There should be no hatred. Neither we should hate others nor we make others to hate us. People should not see us as criminals and aggressors.

Our da'wah work should not be a lip service. It should be through our behaviour, generous attitude in all our talks, in meetings and gatherings.We should always avoid head-long collisions with others.

Allah directs us our communication with non-Muslims

'Call people to the path of your Sustainer with wisdom and mild exhortation. Reason with them in the most courteous manner.'
(Quran, 16:125)

This clearly tells us how to behave with non-Muslims.Ambassadors are also required to know the policies of their governments and then they have to act upon these policies strictly otherwise they are not worthy of performing their duties as ambassadors.The policy of the Muslim Ummah is Islam, and the sources of the Islamic policies are Quran and the Sunnah.

Hence the first and foremost thing for every Muslim to act the ambassador of Islam is to have the full knowledge of Islam. It is not enough to know Islam but one has to act upon Islam.

There are five pillars of Islam ­ Shahadah (real faith), Salat (prayer), Saum (fasting), Zakat (poor-due) andHajj (pilgrimage). If these five obligations do not make you God-conscious and do not make your attitude and behaviour correct, how can you act as ambassadors of Islam.

For example the job of Salat (prayer) is to stop you from indecency and blasphemy and if your behaviour is not the correct one; and if you are still indecent and quarrelsome, you are not presenting Islam correctly. If you don't develop the spirit of self restraint and sacrifice by fasting, you are not presenting Islam properly before others.

Last but not the least, a Muslim must be educated, both having Islamic knowledge as well as professional knowledge. You should be a scientist, engineer, a doctor, a solicitor, a businessman all par excellence but practicing Islam. Every now and then we, as Muslims, should recharge our spiritual batteries, to develop strong relationship with Allah.In short, a Muslim can serve as the ambassador of Islam only if he/she fully comprehends Islam and practices it in his/her daily life.May Allah make you all the ambassador of Islam in Australia and wherever you are.

May all the misconceptions about Islam be removed by our behaviour and true Islamic practices.

Sunday 6 October 2013

Dakwah

Dalam usaha kita berdakwah memperbaiki diri dan orang lain, pastinya kita akan diuji oleh Allah SWT. Antara ujian yang mesti kena pada kita ialah... diperlekehkan orang. Para rasul yang jelas-jelas benar pun menerima lekehan orang, apatah lagi kita yang faqir lagi hina.

Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang kata. Pakai purdah pun orang kata, tak bertudung pun orang kata. Berserban orang mengata, berseluar pendek pun orang mengata juga.

Rajin pergi dengar tok guru mengajar pun orang perlekeh, tak pergi-pergi pun orang perlekeh juga.

Pendek kata, kita buat baik ke, buat yang tak baik ke, biasanya tak terlepas daripada lekehan orang.

Oleh kerana buat yang mana satu pun kita tetap akan diperlekehkan orang, maka terus sahajalah buat dan sebarkan kebaikan.

Teruslah berdakwah walau sekadar satu ayat, walau sekadar menunjukkan satu contoh.

Selamat berjaya kepada semua orang yang berjiwa da’i. Amin.

Saturday 5 October 2013

CURE of all types of SICKNESS & DISEASES

For the CURE of all types of SICKNESS & DISEASES

وَإِذا مَرِضتُ فَهُوَ يَشفينِ

'' And when i fall ill ,He (Allah) is the one who cures me''
Wa iza mariztu fahuwa yashfeen

Surah Ash-Shu`ara ,verse 80

Explanation:

In this verse Hazrat Ibrahim (A.S) mentions Allah's Kindness towards Him.He said

(And when I am ill, it is He Who cures me.)

meaning, when I fall sick, no one is able to heal me but Him, Who heals me with the means that may lead to recovery'.

Here he attributed sickness to himself, even though it is Allah Who decrees it, out of respect towards Allah