Friday 29 November 2013

Kesilapan muslimah bertudung

ANTARA KESILAPAN MUSLIMAH BERTUDUNG

○ bertudung tapi tak tutup dada
○ bertudng tapi lengan baju singkat dan ketat
○ bertudung tapi memakai jeans menampakkn bentuk betis dan peha
○ bertudung tapi baju jarang, nipis dan tidak menutup punggung
○ bertudung tapi tidak menjaga akhlak
○ bertudung tapi on n off
○ bertudung tapi tak pakai sarung lengan
○ bertudung tapi tak pakai bila sidai kain kt luar rumah
○ bertudung tapi bersanggul tinggi
○ bertudung tapi berlebihn dalam bersolek
○ bertudung tapi suka mengata,mengutuk dan menghina
○ bertudung tapi tak solat
○ bertudung tapi tak suka dengar ilmu agama

Wednesday 27 November 2013

Cukuplah Allah untuk ku

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :')

Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau
sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca
jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan
bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang
panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan
makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap
rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu
telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat
kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia
yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa
berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah
yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai
imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail,
akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah
untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,

setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,

terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya..

dia turun singgah berteduh di bawah bayangan
sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT

lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama
3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu
lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha
lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya
dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya
yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar
di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian,
sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar
sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar
benarnya,

sesiapa yang mengajak kebaikkan,
pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat
padanya tanpa dikurangkan sedikitpun.

In Sha Allah.

Maksudnya

ITU BUKAN BAHAGIA... ITU SAKIT JIWA!
Penuhilah wajah muka bukumu dengan kebenaran, bukan dengan kekayaan, kebahagiaan, ketenangan yang kononnya sedang kau nikmati...
Apa yang sebenarnya yang sedang kau cari, pengiktirafan manusia atau keredhaan Allah?
Jangan rasa bahagia dengan anggapan orang lain yang kau sedang bahagia... kerana itu bererti kau sedang berpura-pura bahagia.
Itu bukan "bahagia"... itu "sakit jiwa!"
~:: Pahrol Mohamad Juoi ::

SUJUD SYUKUR

SUJUD SYUKUR

Ada 2 keperluan melakukan sujud syukur iaitu:-

1. Bersyukur atas nikmat yg d kurniakan oleh Allah.
2. Bersyukur apabila d selamatkan drp musibah.
Hukumnya sunat.

Cara ( kaifiat ) melakukannya:

1. Mengadap kiblat
2. Takbiratulihram
3. Sujud dgn memuji Allah ( sekali sahaja ) dan
4. Bertasbih kpd Allah.
Syarat2nya:
1. Mesti berada dlm keadaan bersih dan suci ( jauh drp najis )
2. Menutup aurat.

Sujud syukur ini adalah sunnah Rasulullah SAW sptmana d khabarkan oleh Abu Bakrah;

" Apabila datang kpd Nabi SAW perkara yg membuatkan Baginda berasa lapang dan gembira dgnnya, Baginda akan sujud syukur kpd Allah SWT."

HR Abu Daud

F/N : Tahlil ( Lailahaillallah ), Tasbih ( Subhanallah ), Tahmid ( Alhamdulillah ), Takbir ( Allahuakbar ).

Para en suami...muhasabah

Fudayl Bin Iyad berkata; "Setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku akan bermuhasabah, APA MAKSIAT YANG TELAH AKU LAKUKAKAN. Selepas bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka."

Kelebihan solat

10 Kelebihan Orang Bersolat :
1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas & otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah, warahmah)
5. Diberi kesihatan yg baik & cergas anggota badan.
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7. Terbuka pintu langit & doa dimakbulkan Allah s.w.t.
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak.
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Akan bertemu ALLAH SWT dengan redhaNya.
~(Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani)

Friday 8 November 2013

Kelebihan Alam Nasyrah.-

Kelebihan Alam Nasyrah.-

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".-Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.-
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.-Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

-Terjemahan Surah Alam-Nasyrah (atau Al-Isyirah)
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam).
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).