Tuesday 27 March 2012

Dinner

Tonight after few weeks busy with paintball promotion, tonight finally I'm going for my favorite food...sushi with my fren yum yum

Tuesday 20 March 2012

AOV Big Game 11th March 2012

Pasir Gudang: Walaupun hanya menggunakan senjata Paintball, 250 peserta yg menyertai kegiatan sukan ekstrem itu berjaya menggamatkan suasana berdasarkan senario peperangan sebenar atau lebih dikenali sebagai "Big Game"

Kegiatan anjuran AOV Paintball Trading yg diadakan diatas kawasan lapang seluas hampir satu hektar dekat Masai itu mencungkil bakat, selain memberi pengalaman kepada peserta mengenai peperangan sebenar. Jurucakap AOV Paintball Trading, Norhafizah Saad, berkata buat julung kalinya acara itu berdasarkan keadaan perang sebenar membabitkan Amerika Syarikat dan Jerman pada Perang Dunia Kedua pada 1942.

malah , katanya peserta juga disediakan dengan persekitaran perang termasuk sistem audio bunyi letupan dan tembakan bagi menaikkan lagi semangat mereka yg menyertainya. "Big Game" berjaya menarik penyertaan menggalakkan apabila 250 peserta kalangan remaja, belia dan dewasa bersama sama membantu menjayakan program yg terbukti menyatukan masyarakat berbilang kaum dalam riadah sihat itu. bukan kemenangan yg dicari, sebaliknya program membabitkan ramai pihak ini dapat memupuk hubungan mesra antara peserta selain menjadi landasan untuk mereka menimba pengalaman melaui sukan ini.

Peserta juga didedahkan dengan semangat bekerja dalam berkumpulan yg menjadi inti pati dalam sukan paintball. inilah perkara penting dalam sukan ini yg memerlukan kerjasama antara pasukan, katanya.

Norhafizah berkata, kegiatan berkumpulan itu boleh menjadi satu terapi untuk menghilangkan tekanan selain membantu membina semangat kental kerana permainan berkenaan memerlukan pemainnya bersedia daripada segi fizikal dan mental.

Paintball adalah kegiatan yg membina stamina, kecergasan serta menyihatkan badan. Ia memerlukan kita mengatur strategi ala peperangan bagi menewaskan musuh, membina semangat setia kawan kerana kita perlu mempercayai rakan sepasukan bagi membantu kita menghadapi situasi terbabit. katanya.

Justeru itu beliau berharap aktiviti itu akan terus disertai pelbagai peringkat golongan bagi memastikan sukan ekstrem terbabit mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.


ops

dah few months buka account baru now i nak belajar nak update blog ni punpasal paintball :)