Thursday 9 April 2015

Menghormati Ulamak

HORMATI ULAMA'

Siapa dia ulama'? Seseorang yang berilmu, beramal (dan berakhlak) dengan ilmunya serta TAAT DAN TAKUT (bertqwa) kepada Allah. Menghormati (dan mengasihi) para ulama' itu perlu wujud di dalam kehidupan bersyari'at. Mengapa?

1. Keberkatan dalam menuntut ilmu itu salah satu adabnya adalah menghormati ulama' atau guru yang berkongsi ilmunya;

2. Jika sesuatu tempat itu berada dalam suasana ketandusan (dan ketiadaan) majlis bersama ulama' - tiada majlis ilmu dan seumpamanya - tentunya akan terasa 'kehilangan' damai dalam kehidupan...

3. Ulama' pewaris para Ambi'a. Kasih kepada ulama' adalah petanda kasihnya kita kepada Rasulullah s.a.w. Natijahnya, kasih dan takut kita kepada (rahmat dan ancaman) Allah!

Disyarahkan SS Mufti Wilayah Persekutuan di slot Medan Fatwa petang Ahad, 24Jamadil Awal. Wallahu'alam

Monday 26 May 2014

ISRAK MIKRAJ

KENAPA TIDAK MAHU AMBIL IKHTIBAR DARI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ?

Sedar tak sedar esok dah pun masuk 27 Rejab iaitu tarikh penting dalam Islam di mana berlakunya peristiwa Israk Mikraj. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah k.e Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
2. Mikraj ia.lah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
(1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. --> Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

(2) Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

(3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. --> Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

(4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. --> Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

(5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. --> Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

(6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

(7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. --> Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

(8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

(9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

(10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

(11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. --> Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

(12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. --> Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

(13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. --> Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

(14) Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. --> Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

(1) Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
(2) Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

(3) Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

(4) Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

(5) Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

(6) Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

(7) Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

(8) Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

(9) Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

(10) Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya berkenaan kewajipan solat 50 waktu buat umat Nabi Muhammad.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas 9x merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id:iluvislam)

Monday 24 March 2014

Peringatan dari ustaz Don

Sedikit sharing drp Ustaz Don Daniyal

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan .. zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Friday 29 November 2013

Kesilapan muslimah bertudung

ANTARA KESILAPAN MUSLIMAH BERTUDUNG

○ bertudung tapi tak tutup dada
○ bertudng tapi lengan baju singkat dan ketat
○ bertudung tapi memakai jeans menampakkn bentuk betis dan peha
○ bertudung tapi baju jarang, nipis dan tidak menutup punggung
○ bertudung tapi tidak menjaga akhlak
○ bertudung tapi on n off
○ bertudung tapi tak pakai sarung lengan
○ bertudung tapi tak pakai bila sidai kain kt luar rumah
○ bertudung tapi bersanggul tinggi
○ bertudung tapi berlebihn dalam bersolek
○ bertudung tapi suka mengata,mengutuk dan menghina
○ bertudung tapi tak solat
○ bertudung tapi tak suka dengar ilmu agama

Wednesday 27 November 2013

Cukuplah Allah untuk ku

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :')

Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau
sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca
jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan
bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang
panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan
makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap
rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu
telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat
kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia
yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa
berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah
yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai
imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail,
akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah
untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,

setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,

terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya..

dia turun singgah berteduh di bawah bayangan
sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT

lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama
3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu
lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha
lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya
dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di
dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya
yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar
di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang
paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian,
sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar
sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar
benarnya,

sesiapa yang mengajak kebaikkan,
pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat
padanya tanpa dikurangkan sedikitpun.

In Sha Allah.

Maksudnya

ITU BUKAN BAHAGIA... ITU SAKIT JIWA!
Penuhilah wajah muka bukumu dengan kebenaran, bukan dengan kekayaan, kebahagiaan, ketenangan yang kononnya sedang kau nikmati...
Apa yang sebenarnya yang sedang kau cari, pengiktirafan manusia atau keredhaan Allah?
Jangan rasa bahagia dengan anggapan orang lain yang kau sedang bahagia... kerana itu bererti kau sedang berpura-pura bahagia.
Itu bukan "bahagia"... itu "sakit jiwa!"
~:: Pahrol Mohamad Juoi ::

SUJUD SYUKUR

SUJUD SYUKUR

Ada 2 keperluan melakukan sujud syukur iaitu:-

1. Bersyukur atas nikmat yg d kurniakan oleh Allah.
2. Bersyukur apabila d selamatkan drp musibah.
Hukumnya sunat.

Cara ( kaifiat ) melakukannya:

1. Mengadap kiblat
2. Takbiratulihram
3. Sujud dgn memuji Allah ( sekali sahaja ) dan
4. Bertasbih kpd Allah.
Syarat2nya:
1. Mesti berada dlm keadaan bersih dan suci ( jauh drp najis )
2. Menutup aurat.

Sujud syukur ini adalah sunnah Rasulullah SAW sptmana d khabarkan oleh Abu Bakrah;

" Apabila datang kpd Nabi SAW perkara yg membuatkan Baginda berasa lapang dan gembira dgnnya, Baginda akan sujud syukur kpd Allah SWT."

HR Abu Daud

F/N : Tahlil ( Lailahaillallah ), Tasbih ( Subhanallah ), Tahmid ( Alhamdulillah ), Takbir ( Allahuakbar ).